SEKAPUR SIREH

WACANA

Assalamualaikum Warahmatullahitaalahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia,

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinnya saya telah berjaya mempunyai laman web sendiri hasil usaha sendiri dan bantuan rakan-rakan. Laman web ini dibangunkan kerana  memenuhi keperluan kursus Pembelajaran BerasaskanElektronik dan Web(KPT6044).

Memang tidak terlintas dan terfikir dibenak kita sewaktu di era 70an dan 80an dulu,suatu ketika nanti revolusi ledakan yang begitu pesat akan berlaku di arena teknologi maklumat dan komunikasi. Impak yang dialami sungguh mengkagumkan. Kini segala maklumat yang diperlukan berada di hujung jari kita, boleh diperolehi bila-bila masa dan di mana sahaja, manakala komunikasi pula berlaku secara siber, pantas menerusi langit yang tiada sempadan. Selaras perkembangan tersebut , semua kita semestinya  mempersiapkan diri kita seiring kemajuan yang dicapai, membuka minda dan mempunyai persepsi yang positif terhadap kemajuan ICT.

Justeru, secara peribadi saya berpendapat usaha mengadakan laman webbagi setiap pelajar adalah wajar dan proaktif kerana ia dapat menyuntik  sikap membudayakan ICT dalam kehidupan seharian yang seterusnya mampu membawa kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah seiring negara maju lain.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pengunjung laman web ini dan semoga kita akan dapat manafaat bersama, insya Allah.Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum.

IKHLAS,

JULIANA MOHD JAMIL

This entry was posted on 25/09/2012. 1 Comment